Friday, 12 July 2019

Eleven One 15th Anniversary Charity Run 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
*_Eleven One 15th Anniversary Charity Run 2019_*
Sempena dengan *Sambutan 15 Tahun SK Putrajaya Presint 11(1)* ,maka pihak sekolah akan menganjurkan satu program larian amal iaitu *_Eleven One 15th Anniversary Charity Run 2019_*. Justeru semua warga sekolah dan orang ramai dijemput utk menjayakan program ini bersama. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40 dan peserta akan menerima :
🔸T-shirt larian
🔸Medal
🔸Sijil
🔸Bib
🔸Light refreshment
Tarikh : 28 September 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Putrajaya Presint 11(1)
Jarak : 5 km
Laluan : Sekitar Presint 11
Kategori Umur : Terbuka
Penyertaan adalah terhad sebanyak 500 sahaja atau sebelum 28 Ogos 2019. Mana yang terdahulu.
Sila *klik* link *baharu* ini untuk tujuan *pendaftaran* dan *memuatnaik bukti
*_Link borang pendaftaran sebelum ini sudah tidak boleh digunakan lagi_*
*Bukti pembayaran tidak perlu dihantar melalui whatsapp*
*Satu form adalah untuk seorang peserta sahaja. Jika ingin mendaftar lebih daripada seorang perlu mengisi semula form tersebut*.
*Bukti pembayaran untuk penyertaan lebih daripada seorang boleh menggunakan satu slip sahaja dengan jumlah bayaran yang betul*
Marilah bersama meraikan sambutan ulang tahun ke 15
SK Putrajaya Presint 11(1).
Terima kasih.




Tuesday, 7 May 2019

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KOKURIKULUM 2019

Pada 27 April 2019 bertempat di Kem PLKN Princess Haliza telah dijalankan aktiviti Ladap Kokurikulum untuk guru-guru SKPP 11(1). Aktiviti ini telah disertai seramai 58 orang guru dan pentadbir sekolah. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua peserta tentang kemahiran dan pengetahuan asas dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad asas, pandu arah, ikatan dan aktiviti kerja berpasukan. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri program ini serta Unit Kokurikulum kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

Aktiviti Kawad Kaki

Permaiann Drum Bocor

Peserta Teruja dengan Aktiviti Drum Bocor

Aktiviti Pandu Arah

Peserta Belajar Menggunakan Kompas Silva

Guru Besar Menunjuk Cara Ikatan

Aktiviti Ikatan dan Simpulan

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Pada 26 hingga 28 April 2019 yang lalu, SKPP 11(1) telah mengadakan  Program Perkhemahan Unit Beruniform 2019 bertempat di Kem PLKN Princess Haliza Sepang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua peserta tentang kemahiran-kemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Seramai 81 orang murid dan 15 orang guru pengiring telah terlibat dalam perkhemahan ini pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kraf khemah, ikhtiar hidup, kawad kaki, permainan tradisional, jalan lasak, rentas halangan, malam kebudayaan dan sukan dan kreativiti.

Banner Aktiviti Perkehmahan Unit Beruniform 2019

Aktiviti Kawan Kaki

Peserta Perkhemahan

Sukan dan Kreativiti

Malam Kebudayaan

Rentas Halangan

Permianan Tradisional

Kraf Khemah

Tuesday, 7 August 2018

UJIAN SARINGAN KEDUA PENCARIAN BAKAT UKM2

Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) antara 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Terdapat juga pelajar yang semakin meningkat pencapaian dalam ujian ini setiap tahun mengikut kematangan berfikir mereka, walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak terpilih ke ujian peringkat seterusnya iaitu UKM2 atau tidak terpilih ke program-program yang disediakan. Dengan itu, pelajar-pelajar jangan berputus-asa untuk menyertai ujian ini.
Ujian UKM2 adalah merupakan ujian saringan peringkat kedua dijalankan secara terkawal di pusat-pusat ujian yang ditetapkan mulai Julai hingga September. Pelajar yang lulus kedua-dua ujian ini akan ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program berikut:
1) Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar Negara di UKM (murid berusia 9 – 15 tahun),
a. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan untuk mengambil ujian pencarian bakat UKM2 untuk saringan kedua yang akan berlangsung secara terkawal di pusat-pusat ujian seluruh negara antara bulan Julai – Sept.
b. Hanya calon yang lulus ujian UKM2 dengan cemerlang akan ditawarkan mengikuti PPCS sesi Nov-Dis tahun berkenaan, atau sesi Mei-Jun tahun berikutnya.
c. Calon-calon yang disenarai-pendekkan untuk PPCS akan diberitahu samada melalui laman web surat, emel atau telefon. Oleh itu calon wajib memberikan butiran yang tepat dan terkini semasa mengisi borang ujian UKM1. Jika terdapat maklumat yang diragui, maka walaupun calon adalah layak, tetap tidak ditawarkan kerana tidak jujur dan bertanggungjawab.
2) Program PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (murid beragama Islam berusian 8 tahun sahaja),
a. Sekiranya calon berjaya dalam ujian UKM1, calon perlu mengambil ujian UKM2 dan dan jika lulus, perlu menduduki ujian USIM-1 pula.
b. Keputusan ujian USIM-1 akan menentukan samada calon layak ditawarkan menyertai program PERMATA Insan.
3) Kolej PERMATApintarTM  UKM (pelajar usia 11- 15 tahun pada tahun ujian diambil perlu menduduki ujian UKM3 semasa PPCS dilaksanakan).




Thursday, 19 July 2018

PROGRAM HOUR OF CODE

Pelaksanaan Hour of Code telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Petugas Khas Inisiatif Digital Tech @ Schools KPM-MDEC Bil. 1/2018. Ini adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement.

Apakah itu Hour of Code (HOC)? 
HOC ialah aktiviti selama 1 jam untuk memperkenalkan murid kepada asas pengaturcaraan (coding) dan sains komputer di semua sekolah. Aktiviti ini telah disertai oleh 100 juta murid di 180+ negara.