SK Putrajaya Presint 11 (1) merupakan salah sebuah daripada 10 buah sekolah rendah di Putrajaya. Ia telah dibuka dengan rasmi pada awal tahun 2003. Pada awalnya ia dikenali sebagai SK Putrajaya 4 dan kemudianya ditukar nama secara rasmi kepada SK Putrajaya Presint 11 (1) pada awal tahun 2007.Guru-guru dan murid-murid yang menjadi kumpulan perintis semasa mula dibuka berasal dari SK Putrajaya Presint 9 (1).
Sejak dibuka 7 tahun lalu, SK Putrajaya Presint 11 (1) menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum. Pada tahun 2006, sekolah ini mencapai kelulusan 100% dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan Bahasa Malaysia Penulisan peperiksaan UPSR. Pencapaian ini meningkat apabila pada tahun 2007, tiga mata pelajaran teras telah mendapat keputusan lulus 100% iaitu Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik.
Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini turut mempamerkan prestasi yang membanggakan dan dihormati oleh sekolah-sekolah lain di Putrajaya. Pada tahun 2007, sekolah ini muncul johan keseluruhan dalam acara merentas desa peringkat Putrajaya bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Pada tahun yang sama juga, SK Putrajaya 11 (1) muncul sebagai pemenang dalam pertandingan boling tenpin bagi kategori perseorangan lelaki dan perempuan bawah 12 tahun serta acara berpasukan lelaki bawah 12 tahun.
Kejayaan dalam kedua-dua sukan ini berterusan apabila pada tahun 2008 telah berjaya menggondol johan keseluruhan lelaki dan perempuan bawah 12 tahun semasa Larian Jubli Emas peringkat Putrajaya dan johan acara beregu Kejohanan Boling Tenpin peringkat Putrajaya kategori lelaki 12 tahun.
2009 merupakan tahun yang amat bermakna buat semua warga sekolah SK Putrajaya Presint 11(1). Seramai 40 orang murid mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Pencapaian terbaik dalam bidang akademik semenjak sekolah ini ditubuhkan. Pasukan Kawad Kaki Elit juga turut menaikkan nama bukan sahaja sekolah malah Putrajaya apabila menggondol Anugerah Ketua Platun Terbaik dan menduduki tempat keenam keseluruhan di dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan-badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2009. Gelaran ketua platun terbaik berjaya dikekalkan pada tahun 2010 manakala kedudukan keseluruhan telah melonjak ke tempat keempat berbanding keenam pada edisi 2009.
SK Putrajaya Presint 11(1) juga telah dicalonkan untuk menjadi sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Walaupun impian tersebut belum tercapai namun usaha berterusan untuk menjadikannya satu realiti tetap dilaksanakan. SK Putrajaya Presint 11 (1) juga pernah menerima lawatan rasmi delegasi dari dalam dan luar Negara seperti Johor, Singapura, Sri Lanka dan Indonesia.
Sejak dibuka, pentadbiran sekolah ini telah diketuai oleh 3 orang guru besar seperti berikut :
1. Pn. Nafishah bt Hassan (2003-2005)
2. Pn. Siti Bunia bt Ab Gapar (2005 - 10 Februari 2008)
3. En. Suhaimi bin Ali Ahmad ( 1 April 2008 - )
4. Pn. Rohana bt Abd Manaf ( 1 Oktober 2016 hingga sekarang)
1. Pn. Nafishah bt Hassan (2003-2005)
2. Pn. Siti Bunia bt Ab Gapar (2005 - 10 Februari 2008)
3. En. Suhaimi bin Ali Ahmad ( 1 April 2008 - )
4. Pn. Rohana bt Abd Manaf ( 1 Oktober 2016 hingga sekarang)
No comments:
Post a Comment